Kobe Chong Bantu Alvechurch Dapat Kemenangan Pertama
Eropah
@KobeJae10
Advertisements

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong boleh menghela nafas lega kerana membantu Alvechurch meraih kemenangan pertama dalam saingan Southern League Premier Division Central semalam.

Kobe yang menyertai The Church pada pertengahan Julai lalu kini menjadi tonggak utama skuad berkenaan di bahagian tengah.

Selepas hampa ditundukkan 2-0 oleh Hitchin Town dalam perlawanan pembukaan pada 5 Ogos lalu, Alvechurch kembali bangkit. Mereka merekodkan kemenangan pertama divisyen mereka dengan mengalahkan AFC Sudbury 1-0 semalam.

Advertisements

Gol kemenangan disumbang oleh bekas penyerang remaja Birmingham City, Adan George pada minit ke-38. Biarpun ada cubaan menambah gol pada separuh masa kedua, keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kobe tenang mengemudi bahagian tengah Alvechurch selama 67 minit sebelum digantikan oleh pemain gantian, Ross Evans.

Selepas ini, Alvechurch bakal berhadapan dengan Mickleover Sports untuk aksi Southern League Premier Division Central seterusnya pada 16 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram