Kobe Chong Kekal Di Eropah, Sertai Alvechurch
Eropah
Alvechurch FC
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia, Kobe Chong kini sudah mempunyai kelab baru selepas berpisah dengan Nuneaton Borough pada Mei lepas.

Kobe sah menyertai Alvechurch dengan pengumuman perpindahan dibuat awal pagi tadi.

“Kami gembira untuk mengumumkan Kobe telah bersetuju menyertai The Church untuk musim 23/24. Kami tidak sabar melihat pemain tengah berbakat ini beraksi pada Selasa ini di Lye Meadow,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Advertisements

Bagi Kobe pula, ia satu permulaan baru yang diharap dapat membantu karier bola sepaknya lebih maju selepas ini.

“Saya gembira berada di sini, selepas musim lepas saya fikir ini langkah seterusnya untuk (karier) bola sepak saya dan saya tak sabar untuk beraksi,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Selain Nuneaton Borough, Kobe juga pernah beraksi untuk Peterborough United dan AFC Telford United.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu bakal membuat kemunculan rasmi sebagai pemain Alvechurch dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Banbury United pada 18 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram