Advertising
Kolaborasi Lee Zii Jia & Cakenis Curi Perhatian Peminat
UltraSukan
Cakenis

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali mencuri perhatian peminat badminton Malaysia.

Ini selepas pemain berusia 26 tahun itu berkolaborasi dengan jenama fesyen tempatan terkemuka, Cakenis.

Kolaborasi ini membawa kepada penghasilan koleksi Cakenis Club. Koleksi keluaran Cakenis ini mengetengahkan koleksi pakaian yang bukan saja selesa tetapi juga menepati selera semasa pengguna.

Ad

Cakenis turut mengambil pendekatan berbeza dengan memuat naik video iklan Zii Jia tiba memperagakan pakaian jenama itu dengan helikopter.

Ad

Selain Zii Jia, pelakon terkenal, Tony Eusoff dan pengasas jenama Cakenis, Hairul Azreen turut memperagakan koleksi pakaian sama.

Sebaik video iklan tersebut dimuat naik, ramai yang terkejut tetapi suka melihat Zii Jia. Salah seorang daripadanya ialah pengguna Instagram berama Wintershinebloom1.

Ad
Ad

Dia melihat pemilihan Zii Jia tepat sebagai model Cakenis kerana beliau menyerlahkan imej cantik pakaian jenama berkenaan. “Pakaian yang Zii Jia pakai nampak cantik,” katanya di ruang komen Instagram.

Ad

Seorang lagi pengguna Instagram bernama Aniiswong turut kagum melihat penampilan Zii Jia. “Bukan main Jia,” ujarnya.

Iklan sama turut memperlihatkan keadaan terkini pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu. Zii Jia kelihatan semakin pulih daripada kecederaan ligamen yang dialaminya dalam saingan World Tour Finals (WTF) 2024.

Kecederaan tersebut mendorong beliau menarik diri daripada tiga kejohanan awal tahun 2025 termasuk Indonesia Masters. Ini bagi memastikan Zii Jia benar-benar pulih sebelum kembali ke gelanggang.

Juara Thailand Open 2024 itu dijangka kembali beraksi dalam saingan All England Open 2025 yang berlangsung pada Mac ini.