Dunia
Bernadette
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Perancis dan PSG, Jean-Pierre Adams dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 73 tahun setelah hampir 40 tahun koma akibat kecuaian medikal.

Pada 17 Mac 1982, Adams yang berusia 34 tahun waktu itu diberikan ubat bius sebelum menjalani pembedahan lutut. Kesan bius tersebut sepatutnya bertahan hanyalah buat beberapa jam, namun setelah lebih 30 tahun berlalu, Adams masih tidak sedarkan diri.

Adams pernah menyarung jersi kebangsaan Perancis dan bergandingan bersama Marius Tresor di bahagian pertahanan. Adams bermain bersama kelab Nimes pada tahun 1970 sehingga 1973 dan kemudiannya bermain untuk Paris Saint Germain selepas berpindah daripada kelab Nice.

Advertisements

Doktor yang bertanggungjawab merawat Adams, Pierre Huth telah disiasat akibat insiden tersebut. Huth akhirnya didapati bersalah atas insiden tersebut selepas 7 tahun menurut Mirror.

Semenjak Adams berada dalam keadaan koma, beliau dijaga oleh isterinya, Bernadette. Isterinya turut menceritakan bahawa sewaktu Adams menjalani pembedahan, beliau yang risaukan suaminya melakukan 3 panggilan kepada pihak hospital sebelum akhirnya dijawab oleh doktor dengan ringkas “Datang ke sini sekarang”.

Bernadette setia menemani suaminya dihospital selama 5 hari 5 malam mengharapkan agar Adams kembali sedar dan pulih seperti sedia kala. Namun sehingga hari ini, Adams berada dalam keadaan koma. Kata-kata terakhir Adams kepada isterinya sebelum Adams menjalani pembedahan lutut ialah “Semua baik-baik saja, saya berada dalam keadaan sihat”.

Advertisements
Bernadette Adams 011 Koma 39 Tahun Tidak Lunturkan Cinta Isteri Jean-Pierre Adams Kepada Suaminya
Gambar Bernadette Adams pada tahun 2005 (sebelah kiri) dan gambar Adams bersama Bernadette dan anak mereka, Laurent pada tahun 1972 (sebelah kanan)

Apabila pihak hospital memaklumkan kepada Bernadette bahawa mereka tidak boleh lagi menjaga Adams, Bernadette bahkan sanggup membawa Adams pulang dan menjaganya di rumah. Malah isterinya turut sanggup bangun pada lewat malam untuk membalikkan posisi badan Adams.

Bernadette setia menjaga suaminya, Jean-Pierre Adams yang berada dalam keadaan koma selama 39 tahun sehinggalah Adams meninggal dunia.

Adams akhirnya diumumkan telah meninggal dunia pada hari Isnin di Hospital Universiti Nimes. Kisah pemain kelahiran Dakar, Senegal ini pasti diingati sebagai salah satu detik hitam dalam insiden perubatan bola sepak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram