Komen Jasir Asani Di Laman JDT Curi Perhatian Ramai
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bintang Gwangju, Jasir Asani dikesan meninggalkan sebuah komen di laman Instagram Johor Darul Ta’zim (JDT).

Nama Jasir Asani sememangnya sinonim dengan penyokong JDT apabila pemain kebangsaan Albania ini menyumbat dua gol buat Gwangju ketika menewaskan Harimau Selatan pada Oktober lalu.

Sebelum ini, Jasir Asani turut pernah dilihat menyarung jersi JDT ketika melakukan aktiviti di gimnasium sambil menyebut nama Eddy Israfilov menandakan hubungan baik kedua-dua pemain.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram Johor Southern Tigers, Asani dikesan meninggalkan komen emoji berbentuk hati di sebuah kiriman video Stadium Sultan Ibrahim Jumaat yang lalu.

Komen yang ditinggalkan tersebut mendapat perhatian ramai dengan hampir 233 tanda suka serta 23 balasan khususnya daripada peminat JDT yang seakan teruja menerima komen dari Asani.

Jasir Asani Komen JDT Komen Jasir Asani Di Laman JDT Curi Perhatian Ramai
Instagram: Official Johor

Untuk rekod, Jasir Asani telah merekodkan 12 gol dan satu bantuan jaringan dalam 22 penampilan bersama Gwangju pada musim ini.