Korea Selatan Uji Persiapan Malaysia Ke Asia
UltraSukan
FA Malaysia

Malaysia dijadualkan berdepan 3 negara gergasi termasuk Korea Selatan sebagai persiapan ke AFC Futsal Asian Cup 2026 di Indonesia.

Persiapan rapi mula diatur oleh Malaysia dengan kem latihan kebangsaan telah memasuki hari ke-3 sebelum berlepas ke Indonesia bagi menyertai AFC Futsal Asian Cup pada minggu hadapan.

Antara persiapan yang diatur termasuklah mengadakan aksi persahabatan menentang 3 buah pasukan sebaik sampai di Indonesia hujung minggu ini sebelum sepak mula kejohanan Asia.

Pekara ini disahkan oleh ketua jurulatih skuad futsal Malaysia, Addie Azwan dengan dua pasukan iaitu Korea Selatan serta Kuwait sudah pun bersetuju untuk turun menentang pasukan negara.

”Sabtu ini kita akan pergi ke Jakarta dan kita bakal berdepan 3 perlawanan persahabatan dengan 3 pasukan yang beraksi di AFC Futsal Asian Cup,” ujar Addie Azwan ketika ditemui di sesi latihan pada Isnin.

”Cuma, kita sedang tunggu pengesahan sahaja, dua pasukan sudah pasti antara Korea Selatan atau Kuwait tetapi kita perlu menanti kata putus sebab ada negara datang lewat.”

”Bagi saya, ini 3 perlawanan persahabatan yang penting buat kita menghadapi AFC Futsal Asian Cup,” jelas beliau lagi.

Malaysia bakal membuka pentas AFC Futsal Asian Cup 2026 menentang Iran pada 28 Januari hadapan sebelum berdepan Afghanistan dua hari kemudian serta menutup aksi kumpulan bertemu Arab Saudi pada 1 Februari.