Kpah Sherman ‘Pening Kepala’ Dengan Kekebalan Pertahanan PJ City

kpahsherman Kpah Sherman 'Pening Kepala' Dengan Kekebalan Pertahanan PJ City
officialterengganufc
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Kekalahan Terengganu FC pada perlawanan pertama menentang PJ City adalah perlawanan yang mengejutkan ramai pihak.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu disifatkan sebagai sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan pada musim ini. Namun, skuad Penyu itu terpaksa akur dengan kekuatan PJ City.

Penyerang pasukan Terengganu FC, Kpah Sherman mengakui kekebalan PJ City yang terlalu sulit untuk di tembusi.

“Memang sangat kecewa apabila tewas 0-3 apatah lagi ini adalah perlawanan pertama kami untuk musim ini.

“PJ City bermain hampir lapan hingga sembilan pemain di bahagian pertahanan dan kami susah nak menembusi mereka, jadi kami hilang peluang dan tewas,” jelas Kpah kepada MFL.

Pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘yakini lokal’ ini peroleh dua kemenangan dalam 3 perlawanan. Pastinya jurulatih PJ City, P.Maniam gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya terutamanya Darren Lok yang mencatat hatrik pertama dalam Liga Super musim ini.