Kuching City Atur Persiapan Awal Hadapi Selangor
MakanBola
Kuching City FC

Kuching City FC mula membuat persiapan menghadapi cabaran Selangor FC di peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Antara persiapan The Cats ialah aksi persahabatan kelab antarabangsa antara kelab itu dengan kelab Singapura, Hougang United.

Pengumuman aksi itu dibuat pengurusan The Cheetahs menerusi satu kenyataan di platform rasmi kelab berkenaan.

Kuching City dan Hougang akan berentap di Stadium Negeri Sarawak pada 28 Mac ini. Aksi pemanas badan ini dilihat peluang terbaik Aidil Sharin Sahak memantapkan barisan anak buahnya.

Perlawanan ini bukan saja dilihat medan persiapan The Cats untuk memburu tiket final Piala Malaysia.

Malah, ini dilihat platform terbaik Kuching City untuk terus memburu slot tempat kedua Liga Super untuk baki perlawanan musim ini.

Hougang juga memiliki misi sama untuk memburu kelompok empat teratas Singapore Premier League (SPL) musim ini.

Pasukan itu di tangga keenam dengan 15 mata, lima mata di belakang Balestier Khalsa yang menduduki tangga keempat SPL.