MFL Umum Jadual Lengkap Separuh Akhir Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan jadual lengkap perlawanan separuh akhir Piala Malaysia.

Separuh akhir kejohanan kali ini menampilkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), juara 33 kali, Selangor FC, juara edisi 2021, Kuala Lumpur City (KL City FC) dan Kuching City FC.

Keempat-empat pasukan ini dijangka menjadi tumpuan penyokong. Ini kerana JDT, Selangor, KL City & Kuching City kini menghuni kelompok empat pasukan terbaik Liga Super.

JDT akan berentap dengan KL City untuk merebut tiket ke final. Satu lagi aksi separuh akhir menemukan Merah Kuning dan The Cats.

Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada 3 April ini. Ini disusuli aksi separuh akhir kedua yang akan berlangsung pada 7 dan 18 April ini.

Aksi separuh akhir kedua Harimau Selatan dan The City Boys terpaksa diawalkan sedikit selepas pasukan selatan tanah air itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Pusingan akhir ACLE dijangka berlangsung di Arab Saudi dari 17 hingga 25 April ini.