Kuching City FC Sambar Khidmat Bruno Dybal

Bruno Dybal Kuching City FC Kuching City FC Sambar Khidmat Bruno Dybal
Kuching City FC
Azim Noor @mohdazim45
1:53pm 14/06/2023

Susulan prestasi kurang memuaskan beberapa pemain import dalam pusingan pertama Liga Super, Kuching City FC bertindak membawa masuk Bruno Dybal dalam pasukan. Bekas pemain tengah Persikabo 1973 itu dibawa masuk untuk kempen liga sehingga akhir musim ini.

Pengumuman perpindahan Bruno atau nama sebenarnya Bruno de Araujo Dybal dibuat Il Gatto di laman media sosial rasmi mereka semalam.

Mampu beraksi di bahagian tengah menyerang, Dybal juga berupaya beraksi sebagai penyerang tengah dan pemain tengah. Keupayaannya beraksi di beberapa posisi ini dijangka menjadi aset kepada Il Gatto apabila saingan liga kembali bersambung pada 23 Jun ini.

Semasa di Persikabo 1973, Dybal merekodkan 27 penampilan. Dalam tempoh tersebut, dia merekodkan tiga gol dan empat bantuan gol.

Dijangkakan ini bukan satu-satunya perpindahan yang sedang diusahakan Kuching City FC ketika ini. Justeru, tidak mustahil beberapa perpindahan sedang direncana bagi membantu Il Gatto keluar dari kelompok tercorot Liga Super.