Kuching City Jadi Pilihan Ahmad Israiwah
MakanBola
Kuching City FC

Kuching City FC terus sibuk memperkuatkan pasukan dengan merekrut bekas pemain perancang PDRM FC, Ahmad Israiwah.

Perpindahan pemain tengah Jordan itu diumumkan pengurusan The Cats menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

“Satu lagi babak baru bermula. Selamat datang ke Kuching City, Ahmad Nawaf Abdel Aziz Israiwah!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kehadiran pemain tengah berusia 31 tahun itu bakal menambah pilihan buat jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak di bahagian tengah.

Sebelum menyertai The Cats, Ahmad telah beraksi sebanyak 13 kali dan merekodkan satu bantuan gol dalam Liga Malaysia (Liga M) bersama The Cops.

Beliau menjadi pemain kedua yang menyertai The Cats selepas bekas pemain pertahanan Penang, Arif Farhan Md. Isa.

Selain dua pemain ini, Kuching City dilaporkan mengintai seorang pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara sebagai rekrut seterusnya.