Advertisement
Kuota Pemain Import Terus Dikekalkan
Dunia
MakanBola
Selangor FC

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpendapat bahawa sudah terlambat untuk melakukan pengubahsuaian berikutan jumlah kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Sungguhpun begitu, setiausaha agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menyatakan bahawa perkara ini akan di semak semula serta diperhalusi lebih mendalam bersama Jawatankuasa Teknikal, Datuk S.Sivasundram sama ada perlu dikekalkan atau diteruskan dengan jumlah yang sama.


“Buat setakat ini kita tidak ada perubahan lagi, walau bagaimanapun saya rasa Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Datuk S.Sivasundaram akan bincang perkara ini secara teliti sama ada kita perlu kurangkan ataupun kekal dengan ketetapan sama.

“Tetapi apa yang pasti bukanlah pada musim ini kerana sudah terlalu lewat, kalau kita buat pun mungkin dua musim akan datang,” kata Saifuddin kepada Bernama.

Tambah Saifuddin, beliau menjelaskan bahawa mungkin perubahan dapat diputuskan pada dua musim akan datang.

Jumlah pemain import terus dikekalkan dengan lima pemain asing yang merangkumi satu slot pemain Asia dan Asia Tenggara. Bagi pasukan Liga Premier, empat pemain import termasuk satu slot untuk pemain Asia.

Berkenaan isu pemain import ini mendapat perhatian ramai pihak terutamanya peminat bola sepak tempatan yang mahu kuota pemain import dikurangkan untuk memberi peluang kepada pemain tempatan beraksi lebih kerap buat kelab.