Pasukan Divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk kini berada di ambang penyingkiran pada musim ini.
Skuad kendalian Freyr Alexandersson mengharungi musim yang cukup sukar terutamanya apabila gagal mengekalkan rentak pada awal musim.
KV Kortrijk kini dalam fasa untuk mengelakkan pentingkiran dan bakal bertemu KAS Eupen dalam satu aksi pada 6 Mei 2024.
Rekod 4 perlawanan terakhir menyaksikan pasukan asal pemain Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin hanya merekodkan satu kemenangan berdepan RWD Molenbeek dengan keputusan 1-0.
Luqman kini dipinjamkan ke kelab Divisyen 3 Jepun, Yokohama SCC sehingga Januari 2025.
Sebelum itu, KV Kortrijk tewas dua aksi penting menentang Charleroi (2-1) dan juga RWD Molenbeek (4-2) dan hanya seri 1-1 menentang KAS Eupen.
Ketika ini, KV Kortrijk hanya mengumpul 28 mata daripada 34 perlawanan dan hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan ke-14.
Kelab yang pernah menjulang Liga Divisyen Dua Balgium pada tahun 2007-2008 ini berdepan detik sukar tatkala dua daripada empat pasukan bakal tersingkir.
Aksi terakhir menentang Charleroi pada 12 Mei 2024 amat penting untuk memastikan kedudukan pasukan selamat bagi musim hadapan.