Ads
Kylian Mbappe Diminta Ke Arab Saudi, Bukan Real Madrid
Eropah
Paris Saint Germain

Berita perpindahan bintang Perancis, Kylian Mbappe kini mula hangat diperkatakan apabila digesa untuk melupakan hajatnya untuk menyertai gergasi La Liga, Real Madrid.

Advertisements

Gosip pemain PSG ini sudah lama menjadi topik perbincangan setiap kali pintu perpindahan dibuka apabila sering kali dikaitkan dengan kelab gergasi Eropah seperti Real Madrid.

Advertisements

Walau bagaimanapun, lagenda Perancis, Marcel Desailly mempunyai pandangan berbeza apabila merasakan pemenang Liga Juara-Juara Eropah 14 kali itu bukanlah kelab yang sesuai buat pemain berusia 26 tahun tersebut.

Advertisements
Advertisements

”Saya tidak pasti Real Madrid adalah tempat yang sesuai untuk dia (Kylian Mbappe) atau tidak,” katanya menurut laporan CentreGoals.

Desailly yang pernah mewakili AC Milan dan Chelsea suatu ketika dahulu mencadangkan Mbappe untuk membuka buku baharu dengan berkelana ke Arab Saudi untuk menyertai kelab-kelab di sana dalam saingan Saudi Pro League.

Advertisements

Bekas pertahanan Perancis ini mahu Mbappe untuk ke sana dan dapatkan gaji yang tinggi sebelum kembali pulang ke Eropah setahun kemudian menjelang kejohanan Piala Dunia di Amerika, Kanda dan Mexico semakin hampir.

”Dia (Kylian Mbappe) perlu mempertimbang untuk pergi ke Arab Saudi untuk satu musim, dapatkan RM 17.8 juta dan pulang pada tahun berikutnya iaitu ketika tahun berlangsungnya Piala Dunia (2026),” tambah pemenang Piala Dunia 1998 itu lagi.

Advertisements

Antara bintang-bintang bola sepak ternama yang kini bermain di kelab Arab Saudi adalah Cristiano Ronaldo, Sadio Mane, Roberto Firmino, Karim Benzema, Ngolo Kante dan ramai lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram