Kylian Mbappe Mahu Sertai Sukan Olimpik Paris 2024
Eropah
Équipe de France de Football
Advertisements

Penyerang sensasi, Kylian Mbappe mendedahkan hasrat mahu menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Walaupun Mbappe sudah berusia 26 tahun, pemain ini masih berkesempatan memperkuatkan pasukan Perancis dalam sukan Olimpik berdasarkan slot 3 pemain berusia 23 tahun ke atas.

Malah jurulatih bawah 23 tahun Perancis, Thierry Henry terbuka jika Mbappe mahu membantu skuad Perancis dalam saingan Sukan Olimpik kelak menurut Caught Offside.

Advertisements

“Saya menyimpan obor Olimpik. Selain Piala Dunia, Sukan Olimpik adalah acara sukan terbesar di dunia lebih-lebih lagi ianya dianjurkan di Paris. Bermain di Sukan Olimpik bersama pasukan Perancis ibarat mimpi jadi kenyataan.” ujar Mbappe menurut laman Olympics.

Namun Mbappe harus kekal cergas setelah tamatnya Euro 2024 kerana Sukan Olimpik bermula kurang daripada 2 minggu setelah tamatnya Euro 2024.

Kylian Mbappe kini menjadi tumpuan banyak kelab ekoran kontrak beliau yang akan tamat pada Jun tahun ini dan Mbappe masih belum membuat keputusan sama ada mahu kekal di PSG ataupun sebaliknya.

Advertisements

Real Madrid masih menunjukkan minat yang mendalam untuk membawa masuk Mbappe secara percuma namun Mbappe dikhabarkan mahu kelab yang disertainya memberikan kebenaran untuk beliau menyertai Euro 2024 dan Sukan Olimpik Paris pada bulan Jun, Julai dan Ogos nanti.

Perkara tersebut menggoyahkan keputusan Real Madrid apabila harus membelanjakan hampir RM90 juta untuk gaji Mbappe sedangkan pemain itu tiada di kelab dan turut akan terlepas sesi pra musim 2024/2025.

Hanya PSG yang bersedia membenarkan Mbappe menyertai Sukan Olimpik agar pemain itu menyambung kontrak beliau dan kekal bersama PSG.

Advertisements

Perancis bakal menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik buat kali ketiga setelah pernah dipilih sebagai tuan rumah pada tahun 1900 dan tahun 1924.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram