Advertisements
Kyrgyzstan Jalani Latihan Intensif 20 Jam Di Dubai
Asia
MakanBola
kyrgyzkurama

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič mengatakan skuad bimbingannya terpaksa menjalani latihan insentif selama 20 jam di Dubai.

Perkara itu terjadi oleh kerana isu logistik yang berkaitan dengan penerbangan. Perjalanan mengambil masa yang lama daripada Taipei ke Bishkek, jadi mereka terpaksa berhenti di Dubai untuk meneruskan latihan.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan latihan selama 20 jam itu adalah untuk mengekalkan prestasi anak buahnya bagi saingan seterusnya.

“Persediaan untuk permainan ini berlaku dalam keadaan yang paling baik-kerana isu logistik yang berkaitan dengan penerbangan. Oleh kerana penerbangan yang panjang dari Taipei ke Bishkek, ia telah memutuskan untuk berhenti di Dubai selama 20 jam untuk latihan bagi mengekalkan bentuk yang optimum.”

Jurulatih kelahiran Croatia itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah kepadanya. Beliau dilihat sedih atas pemergian keluarga, dan tidak percaya kerana ia berlaku semasa persiapan kelayakan Piala Dunia 2026.

“Saya amat berterima kasih kepada semua orang atas ucapan takziah mereka, termasuk Presiden negara kita. Ia adalah tempoh yang sukar dalam hidup saya, yang berlaku semasa persiapan untuk kelayakan Piala Dunia.”

“Saya rasa bertanggungjawab kepada negara dan pasukan, yang membenarkan saya kekal dan meneruskan latihan saya. Saya bangga dengan pasukan saya dan berterima kasih atas sokongan mereka.”

Baru-baru ini, dalam aksi ketiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026, pasukan Kyrgyzstan tumbangkan Chinese Taipei dengan 10 orang pemain dengan keputusan 2-0.

Kyrgyzstan akan bersemuka kembali dengan Chinese Taipei bagi aksi keempat kumpulan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada malam ini 26 Mac 2024.