Lagenda Liverpool Anggap Casemiro Terlalu Lembab Untuk Man United
Eropah
Manchester United
Advertisements

Bekas pemain Liverpool, Kenny Dalglish mengkritik aksi yang ditampilkan pemain Man United, Casemiro.

Menurut laporan TBR Football, Kenny Dalglish yang hadir sebagai tetamu di sesi audio siar No Tippy Tappy Football Podcast berkata, antara punca kekalahan Man United kepada Fulham adalah disebabkan faktor kepantasan pemain.

“Masalah yang saya rasa United hadapi ketika menentang Fulham adalah kepantasan, bukan? Mereka terperangkap sedikit dengan kekurangan rentak mereka,” katanya ketika di No Tippy Tappy Football Podcast.

Advertisements

Dalglish yang pernah menyarung jersi Liverpool pada lewat 90-an menambah bahawa kegagalan Casemiro menyekat kepantasan pemain lawan menyebabkan The Red Devils berputih mata.

“Casemiro telah menjadi pemain tengah yang sangat berjaya, tetapi jika anda meletakkan seseorang menentangnya dan berkata untuk lari daripadanya, dia akan bergelut sedikit,” ujar Dalglish lagi.

Minggu lalu, Manchester United dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan Fulham di laman sendiri dengan gol minit akhir Alex Iwobi mengecewakan tuan rumah.

Advertisements

Sebelum itu, Man United berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Harry Maguire sekaligus memadam kelebihan Fulham yang memperoleh gol pertama melalui Calvin Bassey.

Casemiro yang menyertai Man United dari Real Madrid pada 2022 dengan yuran perpindahan 70 juta euro hanya beraksi selama 53 minit pada perlawanan tersebut sebelum dibawa keluar oleh Erik ten Haag.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram