Lagi Berita Baik Pemain Warisan Buat Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 disusuli berita baik.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bermula garang apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan ke-175 dunia, Nepal di Stadium Sultan Ibrahim.

Persiapan menjelang perlawanan kedua kumpulan disusuli dengan kehadiran 28 pemain pada Fasa 1 kem latihan pusat di Johor Bahru.

Cklamovski bagaimanapun telah memberi bayangan bahawa terdapat beberapa pemain warisan yang kini sedang menjalani proses dokumentasi yang membolehkan mereka mewakili skuad kebangsaan.

Ada potensi besar perkara ini (pemain warisan) untuk kem berdepan Vietnam ini akan berlaku. Proses dokumentasi sedang dijalankan dan beberapa pemain akan hadir.

“Kita tidak berada pada situasi yang sesuai untuk mengumumkannya ketika ini tetapi saya boleh jamin bahawa pemain dengan dokumentasi yang betul akan hadir,” katanya ketika pengumuman senarai pemain skuad kebangsaan di Wisma FAM.

Baru-baru ini, pemain kelahiran Argentina iaitu Rodrigo Holgado dikaitkan untuk menyarung jersi Harimau Malaya menerusi beberapa laporan dari Eropah.

Malaysia telah diperkuat dengan kehadiran pemain ternama seperti tonggak Portimonense SC, Hector Hevel dan pemain CD Tenerife B, Gabriel Palmero.

Pertemuan antara Malaysia vs Vietnam dijadualkan berlangsung pada 10 Jun di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.