Advertising
Lambaian Mesra Paulo Josue Kepada Peter Cklamovski
MakanBola
KLCFC/FCT

Penyerang KL City, Paulo Josue sempat menyapa mesra ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Cklamovski ketika ini sedang rancak turun ke padang dan venue perlawanan bagi menilai sendiri pemain-pemain di Liga Malaysia yang layak menyarung jersi skuad kebangsaan.

Selasa lalu, kelibat Cklamovski dikesan berada di sesi latihan skuad KL City pada jam 11 malam malah dilaporkan terdapat pemain The City Boys yang dalam pertimbangan beliau.

Ad

Keberadaan Cklamovski ketika itu mencuri perhatian ramai termasuk tonggak KL City, Paulo Josue yang turut sempat menyapa jurulatih dari Australia itu dari jauh ketika ditemu bual.

Ad

”Oh, itu ada bos besar (Peter Cklamovski),” ujar Paulo Josue sambil melambaikan tangan kepada pengendali negara itu.

Menurut Paulo, kehadiran Cklamovski di sesi latihan itu ibarat satu petanda positif buat pemain KL City oleh kerana secara kebiasaannya jurulatih negara cuma akan hadir menyaksikan aksi di stadium.

Ad
Ad

”Sedikit janggal untuk melihat jurulatih skuad kebangsaan hadir ke sesi latihan pasukan, kebiasaannya mereka akan datang ketika perlawanan,” kata Paulo kepada Astro Arena.

Ad

”Saya rasa ini petanda yang baik apabila beliau berminat untuk meninjau apa yang berlaku ketika sesi latihan dan sudah tentu teruja Cklamovski berada bersama kita.”

Nama Paulo antara yang dicanang bakal dipanggil ke kem latihan kebangsaan apabila kapten KL City itu kini adalah penjaring terbanyak tempatan dengan 13 gol di Liga Super.

Paulo dan KL City akan meneruskan saingan di Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman dengan sepak mula tepat jam 10 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments