Dunia
Langkawi City FC
Advertisements

Sebuah kelab dari Liga M3, Langkawi City FC telah menjalinkan kerjasama dengan kelab bola sepak gergasi Jerman, Borussia Dortmund menerusi perjanjian selama 2 tahun. Perjanjian tersebut bakal melibatkan program pembangunan akar umbi dan pemain muda Langkawi City FC.

Bukan itu sahaja, para pemain Langkawi City FC turut berpeluang untuk berlatih serta menimba ilmu di Dortmund menurut Harian Metro. Untuk pengetahuan semua, Dortmund merupakan antara kelab yang terkenal dalam melatih dan melahirkan pemain-pemain muda. Antara produk akademi Dortmund ialah Antonio Rüdiger, Kerem Demirbay, Mario Götze, Marco Reus dan Nuri Şahin.

Manakala pemain-pemain muda seperti Christian Pulisic, Jadon Sancho, Ousmane Dembele, Jude Bellingham dan Erling Haaland pula antara pemain yang berjaya dikembangkan bakat mereka dibawah pengurusan Dortmund.

Advertisements
dortmund Langkawi City Pahat Kerjasama Dengan Kelab Gergasi Jerman, Borussia Dortmund
Pemain-pemain muda Dortmund

Dalam kenyataan rasmi Langkawi City FC, Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund iaitu Carsten Cramer, turut berkata “Bola sepak telah menjadi semakin popular diseluruh dunia termasuklah Asia dan kami gembira untuk bekerjasama dengan Langkawi City. Pertukaran ilmu dan sokongan berterusan untuk pembangunan akar umbi di Langkawi dan Malaysia menjadi fokus utama jalinan kerjasama ini”.

Ini adalah satu perkara positif terhadap Langkawi City dalam memajukan kelab tersebut dan menjadi jenama bola sepak terkenal. Malah perancangan yang luar biasa ini wajar dipuji kerana kerjasama ini melibatkan kelab Borussia Dortmund yang terkenal dengan kepakaran melatih pemain muda.

Penaung Langkawi City FC, Tun Dr. Mahathir turut mengucapkan tahniah atas jalinan kerjasama tersebut.

Advertisements

Kerjasama ini pastinya satu langkah ke hadapan bagi pasukan Langkawi City dalam melahirkan pemain muda berkualiti serta memperkukuhkan prestasi mereka dalam arena bola sepak tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram