Arena sukan tanah air digemparkan dengan spekulasi berkenaan tindakan seorang individu yang membuat keputusan untuk melantik anaknya sendiri mewakili negara mengundang perhatian ramai.
Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman berhubung keadaan yang mengganggu perjalanan arena sukan negara.
Beliau memaklumkan bahawa seorang individu yang sudah lama berkecimpung dalam arena sukan negara itu telah menggunakan taktik kotor untuk memastikan beliau kekal berkuasa.
Hal ini juga termasuklah dengan mengangkat anaknya sendiri untuk mewakili negara dan mengetepikan beberapa atlet lain yang berkelayakan.
“Difahamkan juga, beliau telah ‘melantik’ anaknya sendiri mewakili negara dan memaksa jurulatih ikut arahannya tanpa banyak soal.”
Individu yang dimaksudkan juga memberi arahan kepada jurulatih untuk mengikuti segala kehendaknya tanpa sebarang penjelasan.
Terdapat juga beberapa kesalahan lain yang dilakukan namun berita penuh akan menyusul kelak.
“Terdapat beberapa kesalahan lagi menurut laporan yang diterima dan akan dikupas lebih lanjut kelak. Laporan lengkap bakal menyusul di @ultrasukan,” ujar Syafiq.
Tindakan individu ini dilihat berisiko untuk menjejaskan arena sukan negara untuk terus berkembang maju.