Advertisements
Laos vs Malaysia, Siapa Bakal Menang?
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal berdepan Laos untuk aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA November ini.

Advertisement

Aksi ini bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November di Stadium Port Authority of Thailand (PAT). Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu sejak aksi peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022.

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memanggil 26 pemain untuk aksi ini antaranya pemain tonggak yang menyertai skuad kali ini ialah Dion Cools (Buriram United), Syihan Hazmi Mohamed (JDT), Paulo Josue (KL City FC) dan Syafiq Ahmad (KDA FC).

Advertisement

Selain itu, beberapa muka baru turut dipanggil jurulatih Sepanyol itu untuk skuad kebangsaan. Antara yang terpilih ialah Fazrul Amir Md. Zaman (KDN FC), Fergus Tierney (Chonburi FC) dan Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC).

Jurulatih Laos dari Korea Selatan, Ha Hyeok-jun pula memilih majoriti pemain yang beraksi dalam saingan Lao League 1 termasuklah Chony Wenpaserth (Ezra), Xaysavath Souvanhansok (Namtha United) dan Kydavone Souvanny (Young Elephants).

Advertisement

Laos turut diperkuatkan dua pemain tonggak yang beraksi di luar negara iaitu Phoutthasay Khochalern (Thap Luang United) dan Bounphachan Bounkong (Svay Rieng).

Advertisement

Berdasarkan prestasi semasa, Malaysia merekodkan tiga kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan dalam lima aksi terakhir mereka termasuklah kekalahan 4-0 di tangan New Zealand di Auckland pada Oktober lalu.

Laos pula hanya merekodkan satu kemenangan daripada lima aksi terakhir mereka pada 2023. Kemenangan itu direkodkan ke atas Bhutan pada Mac 2023.

Advertisement

Rekod pertemuan lalu membabitkan Harimau Malaya dan Million Elephants pula menyaksikan skuad negara meraih lima kemenangan dalam lima aksi terakhir. Kesemua lima aksi ini berlaku dalam saingan ASEAN Championship.

Ini termasuk kemenangan besar 5-0 ke atas Laos dalam aksi peringkat kumpulan ASEAN Championship 2022. 29,961 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil ceria melihat Faisal Halim, Sergio Aguero, Stuart Wilkin dan Haqimi Azim Rosli mencetak nama sebagai penjaring.

Menariknya, ramai pemain yang beraksi atau di bangku simpanan untuk aksi berkenaan turut tersenarai dalam skuad Pau Marti. Antara pemain yang dimaksudkan ialah Aguero, Wilkin, Haqimi, Syihan, Safawi Rasid, Dominic Tan dan Azam Azmi Murad.

Bukan itu sahaja, antara tonggak Laos yang pernah beraksi dalam perlawanan itu ialah Chony, Kydavone, Phoutthavong Sangvilay dan Anousone Xaypanya.

Meskipun dilabel sebagai pasukan pilihan, Harimau Malaya perlu berwaspada dengan cabaran Laos. Ini kerana pasukan itu mampu mencipta kejutan berdasarkan rekod lalu.

Skuad negara pernah tumbang di tangan Million Elephants dalam saingan Sukan SEA 1997 di Chiangmai, Thailand.

Skuad negara yang dibarisi ramai pemain hebat ketika itu seperti Azman Adnan, Azmi Mohamad, Datuk Zainal Abidin Hassan dan Yap Wai Loon tewas menerusi jaringan jarak jauh Keolakhone Channiphone.

Selepas menentang Laos pada 14 November, tumpuan Harimau Malaya bakal beralih kepada aksi menentang India di Hydeabad pada 18 November.