Norwich City Tewas Kepada Leeds United, Tanpa Sebarang Kemenangan Selepas 10 Perlawanan
Dunia
Kalvin Phillips
Advertisements

Pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Norwich City terus ditimpa malang selepas tumbang 1-2 keatas Leeds United di gelanggang sendiri. Kedua-dua pasukan yang turun sebagai dua pasukan tercorot liga dilihat memulakan perlawanan di babak pertama dengan agak hambar.

Ketiga-tiga gol hadir dalam masa lima minit pada separuh masa kedua. Anak buah Marcelo Bielsa membuka tirai jaringan pada minit ke-56 hasil gerakan cantik Raphinha. Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama apabila menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil tandukan Andrew Omobamidele. Penyerang Sepanyol, Rodrigo menyumbat gol kemenangan pada minit ke-60 melalui satu rembatan kaki kiri cantik yang melepasi jangkauan penjaga gol Norwich City, Tim Krul.

Kemenangan kedua Leeds United ini berjaya membawa mereka keluar daripada zon penyingkiran dengan mengutip 10 mata daripada 10 perlawanan. Pasukan kendalian Daniel Farke masih lagi gagal mengutip kemenangan pertama bagi musim ini.

Advertisements

Norwich City yang dimalukan pasukan pendahulu liga minggu lepas dengan kekalahan besar 7-0 di Stamford Bridge kini dilihat semakin tertekan. Berdasarkan rekod, skuad The Canaries sekadar menjaringkan tiga gol sahaja selepas 10 perlawanan.

Kelibat penyerang kegemaran peminat pasukan The Canaries, Teemu Pukki semakin hilang daripada pandangan walaupun beliau telah menyumbang dua gol pada musim ini. Pastinya Daniel Farke berdepan dengan tugas sukar untuk terus meniup semangat buat anak buahnya dalam menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram