‘Larian Cavani’ Buktikan Kem Manchester United Tiada Masalah
TV
Manchester United
Advertisements

Kem Manchester United sebelum ini dihebohkan media UK sebagai rosak dan menuju kemusnahan selepas diambil alih pengendali Jerman, Ralf Rangnick.

Deretan keputusan tidak positif dicatatkan oleh Manchester United memberikan peluang media di sana menuduh berlaku konflik di antara pemain namun video larian Cavani dan pemain lain meraikan jaringan kemenangan Manchester United membuktikan sebaliknya.

Manchester United berjaya menewaskan West Ham, 1-0 di Old Trafford awal pagi Ahad (23 Januari 2022) dan jaringan saat-saat akhir Marcus Rashford menghiasi kemenangan penting ini.

Advertisements

Dalam satu rakaman yang disiarkan oleh Manchester United, dilihat para pemain meraikannya dengan cukup gembira dan aksi Cavani berlari menuju ke tepi padang antara yang menggamit suasana ketika itu.

Penglibatan Anthony Martial yang membuat keputusan untuk menghantar bola tersebut kepada Cavani turut menerima pujian penyokong Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram