Laungan Azan Bergema Di Stadium Anfield
Inspirasi
Mamun24
Advertisements

Peminat bola sepak kagum apabila azan dilaungkan di stadium keramat Liverpool, Anfield baru-baru ini.

Azan tersebut dilaungkan bagi menandakan masuknya waktu maghrib dan waktu berbuka puasa bagi hadirin yang menyertai program Share Ramadan anjuran Yayasan LFC, Islamic Relief UK dan Rangkaian Masjid Wilayah Liverpool (LRMN).

Program tersebut menarik kehadiran lebih 2,800 orang termasuk umat Islam sekitar Liverpool.

Advertisements

Selain berbuka puasa, umat Islam juga dapat menunaikan solat di Anfield menerusi ruang solat khas yang disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan LFC, Matt Parish menyifatkan program sebegini bukan saja meraikan kepelbagaian komuniti yang menetap di Merseyside.

Malah, ini secara tidak langsung membantu kelab mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti setempat terutama masyarakat Islam Liverpool.

Advertisements

“Ini merupakan antara bandar yang memiliki kepelbagaian paling (banyak) di UK dan kelab-kelab bola sepak menjadi sebahagian besar daripadanya (hubungan antara komuniti).

“Kita bukan kelab bola sepak pertama melakukan tetapi kerana kita Liverpool FC, kita mahu melakukan yang terbaik dan menganjurkan (program) dengan teratur.

“(Program) ini mengambil masa beberapa tahun untuk direalisasikan dan ia sesuatu yang indah (untuk disaksikan),” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Advertisements

Liverpool bukan satu-satunya kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menganjurkan program berbuka puasa bersama komuniti untuk tahun 2024.

Hari ini, giliran kelab EPL yang berpangkalan di Black Country, Wolves pula menganjurkan program sama di Molineux.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram