Laungan Jurulatih Feyenoord Seru Penyokong Guna Otak Di Stadium
Eropah
MakanBola
@vandaaginside
Advertisements

Perlawanan Der Klassiker membabitkan dua kelab gergasi Eredivisie, Ajax Amsterdam dan Feyenoord sememangnya sengit. Tetapi disebabkan insiden seorang pemain Ajax cedera selepas dibaling pemetik api baru-baru ini, jurulatih Feyenoord terpaksa menyeru penyokong agar menggunakan otak mereka.

Perkara ini dibangkitkan oleh penolong jurulatih De Stadionclub, John de Wolf semasa perlawanan terbaru Der Klassiker dua hari lepas. Dalam perlawanan tersebut, bekas pemain Everton, Davy Klaasen mengalami kecederaan di kepala selepas terkena lontaran pemetik api.

Advertisements

Susulan itu, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan dan mengarahkan pemain-pemain Ajax dan Feyenoord kembali ke bilik persalinan. Dan ini mendorong pegawai kedua-dua kelab berusaha menenangkan keadaan termasuk de Wolf.

Advertisements

“Penyokong, di sebelah sana. Gunakan otak kamu! Pastikan tiada lagi objek tidak dibaling ke dalam padang! Pastikan anda menyokong pasukan. Kami akan terus mencuba sekali lagi tetapi kami amat memerlukan sokongan anda. Tapi tolong gunakan otak kamu!” katanya kepada para penyokong.

Seluruh penyokong Feyenoord di De Kuip bersorak bila mendengar seruan de Wolf itu. Setelah padang disahkan selamat untuk bermain, barulah perlawanan disambung dengan Feyenoord tewas 2-1 kepada pasukan pelawat.

Advertisements

Tetapi insiden Der Klassiker itu memaksa Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) mengambil tindakan drastik. Dalam satu pengumuman yang dibuat KNVB semalam, sekiranya berlaku insiden balingan objek, perlawanan akan terus dihentikan dengan segera sehingga keadaan benar-benar selamat.

Dan sekiranya insiden balingan objek terus berlaku selepas perlawanan disambung semula, pengadil diberi kuasa untuk menangguhkan perlawanan. Perkara sama turut terpakai jika penyokong menceroboh padang dan menyerang pemain seperti yang dialami penjaga gol Sevilla, Marko Dmitrovic semasa kelabnya menentang PSV Eindhoven dalam saingan Liga Europa.

News Comments Account