Lawan Terengganu Di AFC Mula Perang Psikologi
AFC Cup
Bali United
Advertisements

Lawan Terengganu seterusnya, Bali United memulakan perang psikologi menjelang aksi kedua kumpulan G apabila memuji prestasi semasa pasukan kendalian Thomas Steinbruckner.

Bali United sama-sama mengumpul 3 mata bersama Terengganu ketika ini setelah menang besar 5-3 ke atas kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi pertama Piala AFC tempoh hari.

Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra menganggap Terengganu adalah salah satu pasukan terkuat dalam kancah bola sepak Malaysia ketika ini menurut laman sukan Indonesia.

Advertisements

“Terengganu adalah pasukan bagus di Liga Super Malaysia. Mereka pasukan yang kuat dan kami menanti mereka di Piala AFC.” ujar Stefano Cugurra.

Prestasi musim lepas Terengganu yang berjaya menduduki tangga kedua Liga Super dibelakang JDT turut menjadi perhatian pengendali Bali United itu.

Terengganu kini berada dalam momentum positif apabila memenangi aksi pertama saingan Piala AFC dan berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia mengalahkan Selangor dengan agregat 3-1.

Advertisements

Malah skuad Sang Penyu ini belum tewas dalam 10 aksi terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Bali United pula berjaya memenangi aksi pertama saingan Piala AFC namun mereka mencatat 3 tewas, 1 seri dan 1 menang dalam 5 aksi terakhir liga Indonesia.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada 4 Oktober kelak bertempat di Stadium Kapten I Wayan Dipta bagi aksi kedua kumpulan G.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram