Leandro Velazquez Tinggalkan JDT Dengan Rekod Hebat
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perancang tengah lagenda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez meninggalkan pasukan dengan rekod yang cukup hebat.

Pemain kelahiran Argentina ini merupakan antara watak penting bersama pasukan sejak kali pertama tiba di Johor pada tahun 2015.

Khidmat beliau bagaimanapun tidak kekal bersama pasukan Harimau Selatan bagi saingan musim 2024/25.

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun itu sah meninggalkan pasukan dan membawa haluan baharu dengan JDT juga sudah mengumumkan kemasukan Chico Geraldes bagu mengisi kekosongan tersebut.

Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, Leandro meninggalkan pasukan selepas merekodkan 114 penampilan selain berjaya menjaringkan 36 gol dan mencipta 32 bantuan gol.

Antara detik yang paling diingati oleh peminat JDT adalah apabila beliau menjaringkan gol kemenangan ketika aksi Piala AFC 2015.

Advertisements

Selain itu, bekas pemain Newell’s ini juga merupakan sebahagian daripada skuad JDT yang berjaya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.

Pada musim lalu, Leandro berjaya membantu pasukan untuk mengekalkan 4 kejuaraan domestik namun terlepas banyak perlawanan susulan kecederaan.

Hasrat peminat untuk melihat kelibat beliau untuk menyarung jersi Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi juga berkemungkinan tidak kesampaian.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram