Ads
Dunia
SF Edit

Pemain tengah sensasi Harimau Malaya, Lee Tuck dikatakan bakal memperkuat pasukan Kedah Darul Aman FC musim depan.

Advertisements

Selepas mengumumkan perpisahan bersama pasukan Sri Pahang pada semalam, destinasi seterusnya buat pemain naturalisasi kebangsaan itu terus menjadi tanda tanya.

Advertisements

Dalam satu ciapan di Twitter wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi melaporkan bahawa ada khabar angin yang mengaitkan Lee Tuck ke pasukan Kedah. 

Advertisements

Advertisements

Lee Tuck dilihat sebagai prospek terbaik bagi memperkuat perancangan pasukan kendalian Nafuzi Zain musim 2023. Sebelum ini, Lee Tuck pernah bersama Nafuzi ketika di Terengganu pada tahun 2019 dan 2021. 

Pemain berusia 34 tahun itu ketika ini sedang menjadi tonggak utama Harimau Malaya dalam mengharungi kempen Piala AFF 2022. Beliau dijangka bakal diturunkan dalam aksi kumpulan B menentang Laos pada malam ini. 

Advertisements
Advertisements

Perlawanan kedua Harimau Malaya tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram