Lee Tuck Bawa Nama Malaysia Dalam Hyrox World Championship
MakanBola
FA Malaysia

Nama pemain naturalisasi Malaysia, Lee Tuck kembali menjadi sebutan peminat bola sepak negara hari ini.

Ini selepas Tuck memuat naik satu hantaran video di Instagram yang menyatakan beliau dan lima lagi atlet akan membawa nama negara dalam saingan Hyrox World Championship 2024.

Ad

“Mewakili Malaysia dalam Hyrox World Championship. Nampaknya, hanya kami berlima yang berjaya sampai ke final di mana ia sesuatu yang hebat,” katanya.

Ad

Secara ringkas, Hyrox ialah sebuah pertandingan kecergasan di mana peserta perlu berlari 1km dari satu stesen ke satu stesen lain.

Apabila tiba di stesen yang dinyatakan, peserta perlu melengkapkan cabaran tertentu bagi membolehkan mereka dapat menamatkan perlumbaan.

Ad

Antara cabaran yang perlu diharungi ialah sled push, sled pull, burpee, farmers carry dan wall balls. Di sinilah, ketahanan, kekuatan dan kecergasan keseluruhan peserta diuji.

Ad

Sejak menyertai kejohanan tersebut pada tahun lepas, Tuck sudah membuktikan keupayaannya dengan menjuarai Velites Hyrox Barcelona Championship 2023 untuk kategori 35-39 tahun.

Ad

Selain beliau, empat lagi wakil negara turut mengambil bahagian dalam Hyrox World Championship 2024. Mereka ialah Christina Lew, Kai Han Gan, Sarah Iqbal dan Teresa John.

Sebaik saja video itu dimuat naik, ramai kenalan dan peminat bola sepak Malaysia mengucapkan selamat berjaya kepada Tuck. Salah seorang daripadanya ialah Pengarah Sukan Terengganu FC, Zul Fadli Rozi.

Kejohanan ini bakal membuka tirainya hari ini sehingga 9 Jun. Tuck dijangka bersaing bukan saja dengan atlet profesional tetapi juga beberapa bekas pemain bola sepak terkenal.

Antara legenda bola sepak yang bakal membuat kemunculan dalam Hyrox World Championship 2024 ialah Sylvain Distin. Distin dikenali kerana pernah beraksi untuk Everton dan Manchester City.