Lee Tuck ‘Bayar’ Kerakyatan Dengan Aksi Luar Biasa
Dunia
Izairi / Flash Sukan
Advertisements

Pemain naturalisasi kebangsaan, Lee Tuck terus menampilkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan Tier 1 antara Malaysia dan Maldives malam semalam. Malaysia mudah menundukkan cabaran pasukan Maldives dengan keputusan 3-0.

Masuk pada babak kedua permainan, Lee Tuck membuktikan kemampuan sebenar apabila menjadi nadi kepada gerakan serta serangan Harimau Malaya. Masuk menggantikan Safawi Rasid, Lee Tuck membalas kepercayaan Kim Pan-gon dengan aksi yang penuh bertenaga sehingga tamat permainan.

Beliau tidak melepaskan peluang untuk mencatat nama sebagai penjaring Harimau Malaya. Pada minit ke-88 permainan, Lee Tuck mudah menyempurnakan hantaran daripada Sergio Aguero untuk menyumbat gol ketiga Malaysia.

Advertisements

Jaringan Lee Tuck sekaligus melengkapkan malam gemilang buat skuad kendalian Kim Pan-gon. Setelah beraksi sebanyak dua aksi persahabatan, kemenangan yang dicatat kem kebangsaan ini memberikan khabar gembira buat rakyat Malaysia sebelum Harimau Malaya memulakan langkah di pentas Piala AFF kelak.

Setakat ini, pemain berusia 34 tahun ini berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanannya bersama Harimau Malaya. Aksi menentang Kemboja tempoh hari merupakan jaringan debut beliau bersama skuad kebangsaan.

Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan Myanmar dalam aksi pertama kempen Piala AFF 2022. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Thuwunna pada Rabu, 21 Disember kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram