Lee Tuck Rungkai Satu Per Satu Corak Permainan Thailand
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck merungkai satu per satu corak permainan yang selalu digunakan oleh pasukan Thailand mengikut pengalamannya beraksi selama enam tahun di Thailand. 

Ini merupakan satu kelebihan buat Malaysia berdepan skuad Gajah Perang dalam aksi separuh akhir kempen Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu ini.

Beliau akui sudah berpengalaman di liga Thailand sekali gus mengetahui beberapa corak permainan dan metaliti pemain lawan.

Advertisements

“Saya pernah bermain di Thailand selama enam tahun. Saya kenal ramai pemainnya, jurulatih dan mentaliti pemain lawan,” jelasnya.

“Thailand mempunyai jurulatih yang memahami bola sepak dari segi taktikal dan positioning selain gemar untuk membuat analisis pasukan lawan.”

Advertisements

“Pemainnya juga kreatif dan mereka ada penyerang yang berpengalaman. Apa yang pasti kita perlu menampilkan prestasi terbaik,” katanya kepada Majoriti.

Sebagai rekod, pemain berusia 34 tahun itu pernah beraksi dalam perlawanan Liga Thailand selama enam musim, antara pasukan yang disertai beliau adalah Nakhon Pathom United, Bangkok FC, Air Force Central dan Nakhon Ratchasima.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram