Advertising
Lee Zii Jia Jadikan Lee Chong Wei & Viktor Axelsen Idola
UltraSukan
ISN/MSNM/VA
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menjadikan Datuk Lee Chong Wei dan Viktor Axelsen sebagai idolanya.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu mengakui cukup mengagumi Chong Wei terutama pencapaiannya dalam arena badminton antarabangsa.

Ad

Ini termasuk pencapaian bergelar pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali. Meskipun telah meraih banyak pencapaian, Zii Jia kagum dengan semangat Chong Wei memburu impiannya.

Ad

“Sudah tentu di Malaysia, kita kerap bercakap tentang semangat Lee Chong Wei. Beliau sudah memenangi pingat perak (Olimpik) banyak kali tetapi masih tetap mengejar impian meraih pingat emas dan bergelar juara dunia.

“Saya fikir kesungguhan beliau sesuatu yang cukup mengagumkan,” katanya kepada Sports CGTN.

Ad

Selain Chong Wei, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu turut mengagumi Axelsen dan legenda China, Chen Long.

Ad

Ini kerana corak permainan yang dimiliki mereka bukan saja mempengaruhi corak permainan Zii Jia. Malah, ini membantunya membentuk corak permainannya sendiri di atas gelanggang.

Ad

“Semasa saya berumur 16, 17 tahun, saya menonton perlawanan-perlawanan Axelsen dan Chen Long,” ujarnya.

“Saya bermula dengan meniru gaya permainan mereka dan itu cara saya bangunkan gaya permainan saya sendiri.”

Zii Jia kini fokus kepada proses pemulihan kecederaan ligamen yang dialami dalam saingan BWF World Tour Finals 2024.

Isu ini juga menyebabkan beliau tidak dapat menyertai tiga kejohanan awal tahun 2025 iaitu Malaysia Open 2025, India Open 2025 dan Indonesia Masters 2025.

Pemain nombor tujuh dunia itu dijangka kembali dalam saingan All England Open 2025 yang berlangsung pada Mac ini.