Advertising
Lee Zii Jia & Jun Hao Rekod Catatan Smash Paling Laju
UltraSukan
BA Malaysia

Dua bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao mengangkat nama Malaysia dengan catatan rekod smash terpantas ketika kejohanan Thomas Cup yang lalu.

Zii Ji dan Jun Hao merupakan dua tonggak utama yang membantu skuad badminton lelaki negara mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir Thomas Cup selepas kali terakhir pada edisi 2016.

Meskipun tumpas di separuh akhir, Zii Jia dan Jun Hao berhasil mencipta rekod apabila diiktiraf sebagai antara smash terpantas yang direkod ketika kejohanan tersebut berlangsung di Chengdu, China.

Ad

Menerusi hantaran daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Leong Jun Hao tampil cemerlang apabila pukulan smashnya dicatat sebagai smash terpantas dalam kalangan pemain perseorangan lelaki.

Ad

Jun Hao mencatatkan smash dengan kelajuan 482.0 km/j untuk muncul di tangga teratas sekaligus menjulang nama negara dengan rekod smash terpantas ini.

Manakala, pemain di ranking ke-10 dunia, Lee Zii Jia berada di kedudukan keempat apabila pukulan smashnya direkodkan dengan catatan 476.9 km/j.

Ad
Ad

Pemain China, Li Shi Feng pula menduduki tempat kedua dengan catatan 480.7 km/j sementara Jonatan Christie dari Indonesia pula berada di tangga ketiga dengan catatan 479.0 km/j untuk melengkapkan carta tiga tangga teratas.

Dua pemain negara yang lain turut tersenarai iaitu Nur Izzuddin yang berada di kedudukan kesembilan bagi kategori pemain beregu lelaki manakala bintang muda perseorangan wanita, Wong Ling Ching di tangga kelapan bagi kategorinya.