Thomas Cup: China Sekat Impian Final Malaysia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Hajat Malaysia mengakhiri penantian ke final Thomas Cup 2024 tidak kesampaian apabila kemaraan mereka disekat China dalam aksi separuh akhir hari ini.

Selepas berjaya menyingkirkan Jepun di pentas suku akhir, Malaysia berdepan tugas sukar kerana menentang tuan rumah kejohanan, China.

China pula mahu menebus kekecewaan dengan mara ke final edisi 2024 selepas disingkirkan Indonesia di peringkat suku akhir dua tahun sebelumnya.

Advertisements

Malaysia mempertaruhkan Lee Zii Jia sebagai wakil perseorangan lelaki pertama mereka. Sementara China menurunkan Shi Yuqi sebagai wakil perseorangan pertama mereka.

Dari segi ranking, Yuqi dilihat pilihan kerana berstatus pemain kedua dunia. Selain itu, beliau juga memiliki rekod baik ke atas juara Arctic Open 2023 itu dengan empat kemenangan daripada lima pertemuan sebelumnya.

Advertisements

Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya Yuqi untuk meraih mata pertama China dengan keputusan 21-19, 21-5.

Situasi ini menyebabkan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi sandaran untuk merebut mata seterusnya. Sementara China menurunkan beregu lelaki nombor satu dunia, Liang Weikang-Wang Chang.

Advertisements

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada regu China itu berbanding regu negara kerana memiliki enam kemenangan daripada tujuh pertemuan.

Meskipun dilabel regu bukan pilihan, itu tidak menghalang Aaron-Wooi Yik mencipta kejutan dengan menang menerusi keputusan 15-21, 21-12, 21-17.

Advertisements

Dengan keputusan terikat 1-1, China menurunkan pemain nombor enam dunia, Li Shifeng sebagai wakil perseorangan kedua. Sementara Malaysia mempertaruhkan pemain yang menduduki ranking ke-37 dunia, Leong Jun Hao.

Jun Hao memberi tentangan sengit kepada Shifeng sebelum terpaksa akur dengan kehandalan pemain berusia 24 tahun itu. Jaguh China itu menang dengan keputusan 21-17, 21-10.

Situasi ini memberi kelebihan China untuk mendapatkan mata ketiga menerusi regu kedua negara, Ren Xiangyu-He Jiting. Manakala Malaysia berusaha menyekat mereka menerusi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Sze Fei-Izzuddin memaksa Xiangyu-Jiting bekerja keras sebelum tunduk dengan keputusan 21-18, 19-21, 12-21.

Ini memastikan China meraih kemenangan 3-1 ke atas skuad negara. Negara Tembok Besar itu bakal berhadapan dengan Indonesia di pentas final esok bagi menentukan juara Thomas Cup edisi 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram