Ads
Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Pintas Jaguh Indonesia
UltraSukan
Olympic Malaysia

Kedudukan ranking Lee Zii Jia kini mencatatkan kenaikan satu anak tangga untuk memintas jaguh dari Indonesia.

Advertisements

Kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa telah menyaksikan kedudukan Zii Jia melonjak satu anak tangga bagi bergelar pemain ke-3 terbaik dunia buat masa ini.

Advertisements

Zii Jia yang sebelum ini berada di ranking keempat dunia berjaya memintas kedudukan jaguh Indonesia, Jonatan Christie yang jatuh empat anak tangga ke posisi ketujuh dunia.

Advertisements
Advertisements

Secara keseluruhan, Zii Jia telah mengumpul 83716 mata, sambil diekori rapat tiga lagi pemain iaitu Li Shi Feng dari China, Anders Antonsen dari Denmark serta jaguh Jepun, Kodai Naraoka.

Untuk rekod, kali terakhir anak jati Kedah ini menduduki ranking ketiga dunia adalah pada tahun 2022, atau lebih tepat pada 20 Oktober 2022 sekitar 692 hari yang lalu.

Advertisements

Kini setelah 99 minggu, Zii Jia kembali menghuni ranking ketiga dunia dan melengkapkan carta tiga pemain terbaik bersama jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Olimpik, Viktor Axelsen.

Dua lagi wakil negara, Ng Tze Yong serta Leong Jun Hao masih kekal dalam kelompok 30 pemain terbaik dengan masing-masing berada di ranking ke-25 dan 29 dunia buat masa ini.

Advertisements

Zii Jia dan Tze Yong kini sedang berehat sementara Jun Hao dan bintang muda, Justin Hoh bakal membawa cabaran negara dalam kejohanan Hong Kong Open 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram