Lee Zii Jia Terlepas ‘Habuan’ RM1 Juta
UltraSukan
Olympic Malaysia
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur terlepas ganjaran besar bernilai RM1 juta.

Zii Jia tampil cemerlang di temasya Sukan Olimpik Paris lalu dengan menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara untuk mengikuti jejak Datuk Rashid Sidek serta Datuk Lee Chong Wei.

Ad
Sponsors

Pada aksi penentuan gangsa tersebut, Zii Jia turun berdepan jaguh dari India, Lakhsya Sen dan pemain kelahiran Kedah itu berhasil memenangi perlawanan dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11.

Ad

Selaku pemenang pingat gangsa, Zii Jia menerima imbuhan bernilai RM100,000 oleh Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) selain elaun bulanan Skim Imbuhan Tetap Olimpik sebanyak RM2,000 seumur hidup.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu terlepas peluang untuk meraih sebuah pangsapuri mewah di Setia Alam bernilai RM1 juta yang ditawarkan oleh Top Residency seperti dilaporkan sebelum ini.

Ad

Hal ini kerana agensi hartanah itu menawarkan habuan besar itu kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi emas pertama buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris yang lalu.

Ad

Pemain di ranking ke-7 dunia itu kini sedang menjalani sesi pemulihan untuk kembali ke gelanggang setelah mengalami kecederaan ketika bersaing di Arctic Open 2024 di Finland.

Ad