Libya Waspada Dengan Cabaran Indonesia
Dunia
FIFA
Advertisements

Biarpun memegang status sebagai pasukan berkedudukan ke-120 dunia, jurulatih Libya, Milutin Sredojevic tidak akan memandang rendah cabaran Indonesia.

Pasukan dari Afrika Utara itu merupakan lawan Tim Garuda untuk dua aksi pemanas badan pra-Piala Asia.

Sredojevic melihat dua aksi persahabatan itu penting kerana ini bukan saja peluang untuk beliau menguji keserasian dan keupayaan pemain Libya yang dipilih.

Advertisements

Malah, ini merupakan sebahagian daripada rangka persiapan The Knights of the Mediterranean untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Afrika yang akan berlangsung pada Mac 2024.

Lantas, Sredojevic memberi jaminan pasukannya akan memberi cabaran getir kepada anak buah Shin Tae-yong untuk dua aksi persahabatan tersebut.

Advertisements

“Kita akan jadi pesaing dan tujuan kita ialah layak ke pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika (ACN) dan Piala Dunia.

“Ia satu matlamat yang baik dan ia hanya akan tercapai menerusi kerja keras tindak balas yang berterusan. Bakat-bakat Libya memiliki kemampuan (untuk berjaya), mereka hanya perlukan perhatian,” katanya seperti yang dipetik The Libya Observer.

Advertisements

Indonesia bakal berdepan cabaran sukar menentang Libya untuk dua aksi persahabatan di Antalya, Turki yang berlangsung pada 2 dan 5 Januari 2024.

Ini kerana The Knights of the Mediterranean mempamerkan prestasi memberangsangkan sejak dibimbing Sredojevic yang dilantik pada Oktober lalu.

Advertisements

Pasukan itu kekal tanpa kalah dalam enam perlawanan termasuk mengikat pasukan gergasi Afrika, Cameroon dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada 21 November lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram