Liga 1: Dewa United Dihampakan Persita Tangerang
Asia Tenggara
Dewa United
Advertisements

Bek tengah negara, Junior Eldstal kecewa selepas melihat kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United tewas 1-0 kepada Persita Tangerang dalam aksi terbaru liga hari ini.

Dewa United berharap kemenangan hari ini mampu mendekatkan mereka kepada pasukan di tangga kelima Liga 1, Barito Putera.

Begitupun, separuh masa pertama menyaksikan Laskar Dewa berdepan kesukaran menembusi pertahanan tuan rumah diketuai bekas bek tengah Kelantan FC, Christian Rontini.

Advertisements

Dan tugas mereka makin sukar apabila Esal Sahrom Muhrom meletakkan Persita di hadapan pada minit ke-44. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Laskar Dewa terus buntu mencipta peluang jaringan. Ini memaksa jurulatih Jan Olde Riekerink membuat beberapa pertukaran bagi mendapatkan jaringan penyamaan.

Begitupun, pertukaran yang diatur beliau tidak membuahkan hasil. Dan itu sudah cukup buat Persita meraih kemenangan keempat dalam liga musim ini.

Advertisements

Ini meletakkan Dewa United di tangga ke-12 liga selepas 13 perlawanan. Begitupun, kedudukan ini boleh saja berubah sekiranya pasukan-pasukan di bawah Laskar Dewa termasuk Arema meraih kemenangan minggu ini.

Bagi Junior pula, ini merupakan penampilan kelima beliau bersama Dewa United. Dengan beliau kini bebas daripada masalah kecederaan, Junior perlu beraksi lebih kerap agar terus mewakili Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram