Aksi ke-15 Liga 1 Indonesia menyaksikan Bali United mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Bhayangkara.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga menyaksikan kedua-dua pasukan mempertaruhkan kesebelasan terbaik.
Anak buah Stefano Cugurra ternyata lebih dominan di tempat lawan apabila mengawal baik permainan pada 15 minit pertama perlawanan.
Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila perancang tengah Bali United, Eber Bessa meledak gol cantik pada minit ke-34.
Selang 10 minit, pertahanan kebal Thailand, Elias Dolah menjadikan kedudukan selesa buat Bali United 2-0 sebelum berakhir babak pertama.
Bersambung babak kedua, giliran Bhayangkara mendominasi dan cuba memecah kebuntuan setelah ketinggalan.
Beberapa perubahan menyaksikan tuan rumah akhirnya memperoleh gol pertama menerusi ledakan Sani Rizki Fauzi pada minit ke-67 menewaskan Adilson Maringa.
Keputusan kekal hingga wisel penamat dengan tambahan masa 9 minit tidak mengubah keputusan perlawanan.
Bali United melonjak ke tangga ke-5 Liga 1 sementara Bhayangkara kekal di tangga tercorot.
Ujian getir wakil Indonesia di Piala AFC bakal tiba pada 26 Oktober berdepan Central Coast Mariners di gelanggang lawan.