Liga Europa: Toulouse ‘Hadiahkan’ Kekalahan Pertama Liverpool
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Pasukan gergasi Merseyside, Liverpool akhirnya tewas buat kali pertama dalam Liga Europa bila tunduk 3-2 kepada pasukan Ligue 1, Toulouse.

Selepas tewas 3-0 kepada The Reds di Anfield beberapa minggu lepas, Les Violets berharap dapat menyekat kemaraan mereka di Stadium de Toulouse.

Ini kerana jika Liverpool meraih satu lagi kemenangan, mereka bakal layak ke pusingan 16 terbaik dengan baki dua perlawanan.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan barisan kedua The Reds didominasi oleh tuan rumah walaupun menurunkan Luis Diaz, Cody Gakpo dan Alexis MacAllister.

Benteng pertahanan pelawat akhirnya bocor pada minit ke-36 menerusi pemain sayap Aron Donnum.

Advertisements

Pemain sayap Norway itu berjaya merampas bola daripada Kostas Tsimikas sebelum menewaskan penjaga gol Caoimhin Kelleher. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memasukkan Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai dan Trent Alexander-Arnold untuk memburu gol penyamaan.

Advertisements

Malangnya, The Reds terus ketinggalan apabila penyerang Belanda, Thijs Dallinga pada minit ke-58.

Kapten Les Violets, Vincent Sierro berjaya merampas bola daripada Diaz sebelum melorongkannya kepada Dallinga. Bekas penyerang Excelsior itu kemudiannya merembat bola tepat ke penjuru bawah gawang Kelleher.

Advertisements

Liverpool merapatkan jurang menerusi gol sendiri Christian Casseres Jr. pada minit ke-73. Keceriaan mereka tidak bertahan lama apabila Frank Magri menyumbat gol ketiga Toulouse tiga minit kemudian.

The Reds kembali merapatkan jurang menerusi Diogo Jota pada minit ke-89. Dan sebelum perlawanan berakhir, Jarell Quansah menyangka telah menyamakan kedudukan buat pelawat.

Bagaimanapun, apabila gol tersebut diperiksa oleh VAR, MacAllister didakwa menggunakan tangan semasa menghantar bola kepada Quansah sebelum menjaringkan gol. Ini mendorong pengadil kemudiannya membatalkan gol beliau.

Keputusan ini menimbulkan kemarahan bangku Liverpool termasuk Klopp. Pada akhirnya, keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun kalah, Liverpool kekal menerajui Kumpulan E dengan sembilan mata. Sementara Toulouse pula berada di tangga kedua dengan tujuh mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram