Meskipun kini mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT), liga Jepun tetap mengenang jasa Marcos Guilherme.
Akaun rasmi J-League International memuat naik video pemain sayap berusia 30 tahun itu ketika beraksi di Jepun.
Semasa berada di Jepun, Guilherme mewakili dua pasukan iaitu V. Varen Nagasaki dan FC Tokyo. Beliau merekodkan 93 penampilan, 17 gol dan 20 bantuan gol untuk dua pasukan berkenaan.
Selepas beraksi secara pinjaman bersama FC Tokyo musim lalu, Guilherme memilih menyertai JDT secara perpindahan tetap. Ini sekaligus menamatkan tempoh dua tahunnya di Jepun.
Guilherme antara tiga rekrut baharu JDT bagi menghadapi baki kempen musim 2025/26. Beliau disertai rakan senegara, Yago Cesar da Silva dan pemain tengah Portugal, Rui Nene.
Yago Cesar menyertai Harimau Selatan selepas mewakili kelab Korea Selatan, FC Anyang. Nene pula pernah mewakili kelab Chinese Super League (CSL), Yunnan Yukkun.