Transfer

Rui Filipe Jeneral Tengah Baharu JDT

Template MB Full 20260103 003658 0000 Rui Filipe Jeneral Tengah Baharu JDT
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Advertisements

Selepas Yago Cesar da Silva dan Marcos Guilherme, giliran Rui Filipe menjadi tonggak terbaru Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perpindahan pemain berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu video di platform Johor Southern Tigers.

“Nené ada di sini Selamat datang ke Rumah Juara!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum menyertai JDT, anak jati Graciosa – Acores itu beraksi selama 4 musim untuk kelab Yunnan Yukun yang beraksi di Liga Super China.

Rui Filipe merekodkan 30 penampilan, 2 gol dan satu bantuan jaringan selama 4 tahun berada di kelab tersebut.

Ini melengkapkan sudah 3 pemain yang dikongsikan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada sesi wawancara bersama penyokong tempoh hari.