Liga M: Lengkap Dua Dos Vaksin & ‘Berpeluang’ Masuk Ke Stadium
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan, beliau ada menyatakan pandangan untuk membenarkan para penyokong masuk ke stadium semula.

Oleh yang demikian, terdapat rancangan untuk mengemukakan cadangan ini kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi tindakan selanjutnya.

Namun begitu, permohonan ini hanya boleh dinikmati oleh individu yang sudah selesai menerima dua dos vaksin untuk memasuki stadium mengikut kapasiti pada peringkat awal.

Advertisements

Malah, beliau turut mengambil kira situasi di Eropah apabila rata-rata kelab telah membenarkan stadium untuk dihadiri dengan kapasiti penuh.

“Memang kelihatan bahawa liga luar seperti EPL (Liga Perdana Inggeris), stadium sudah penuh dengan penonton. Saya dalam hal ini telah bersedia untuk mengemukakan surat permohonan agar dibenarkan penyokong dapat kembali ke stadium.”

“Kelonggaran ini melibatkan individu di mana yang mereka sudah lengkap dua dos dan mereka perlu membuktikan melalui sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera semasa di pintu pagar stadium bersama tiket.”

Advertisements

Tambah beliau, MFL tidak menjangkakan untuk bertindak sedemikian, namun cukuplah sekadar pihak MKN membenarkan stadium dimasuki seperti yang telah ditetapkan sebelum ini atau mungkin lebih sedikit bagi tujuan memeriahkan perlawanan.

Pada awal saingan musim ini, penyokong dibenarkan hadir ke stadium berdasarkan SOP yang digariskan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu merangkumi hanya 10 peratus kapasiti penonton bersamaan 2,000 orang dibenarkan. Bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula, 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang dibenarkan.

Sungguhpun begitu, sebaik saingan Liga kembali bersambung pada 24 Julai apabila arahan Fasa1 Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh bermula pada 1 Jun lalu, penonton tidak lagi dibenarkan hadir ke stadium.

Advertisements

Jika perkara ini dipertimbangkan oleh MKN, maka kehadiran semula penonton ke saingan liga bakal merancakkan lagi suasana setelah sekian lama para penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram