Liga Premier: Kelantan FC Terduduk Di Kota Bharu Tewas Kepada Perak
Dunia
Advertisements

Pendahulu Liga Premier, Kelantan FC menerima tamparan hebat apabila mengalami kekalahan mengejut 2-1 kepada pasukan Perak FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed ke-IV sebentar tadi.

Kelantan yang menurunkan hanya seorang pemain import dalam perlawanan ini bermula garang apabila berada di depan seawal minit ke-2 melalui Jasmier Mehat. Gol itu terhasil selepas Jasmir menanduk tajam hantaran Syed Sobri.

Selepas gol tersebut, pasukan Kelantan dilihat sedikit kehilangan rentak apabila banyak hantaran dari pemain mereka tidak tepat kepada rakan-rakan.

Advertisements

Perak akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-25 melalui pemain sayap mereka, Wan Zack Haikal yang merembat deras dalam kotak penalti. Rembatan itu sama sekali menewaskan penjaga gol Kelantan, Nik Amin.

Perak tidak menunggu lama untuk menambah duka Kelantan apabila mereka menambah gol kedua hasil gol sendiri Khairul Helmi pada minit ke-20 perlawanan. Khairul Helmi yang cuba mengeluarkan bola tertanduk masuk ke gawang sendiri.

Kedudukan kekal 2-1 memihak pasukan Perak sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Kelantan cuba menambah sengat dengan membawa seorang lagi pemain import iaitu Kenta Hara dalam usaha menyamakan kedudukan.

Perak dilihat mempamerkan permainan berdisiplin dengan mereka juga bertahan dengan sangat baik sekali apabila diserang pemain Kelantan.

Pada penghujung permainan, insiden panas berlaku apabila para penyokong Kelantan tidak berpuas hati dengan beberapa pemain Perak yang kerap kali melengahkan perlawanan.

Advertisements

Tujuh minit masa tambahan diberikan pengadil namun kedudukan kekal 2-1 memihak Perak. Keputusan ini sekaligus memberikan kekalahan kedua Kelantan dalam saingan Liga Premier musim ini. Namun begitu mereka masih berada di takhta liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram