Liga Premier: Kening Koyak Punca Pengadil Diserang
Dunia
Twitter: @zulhelmizainal1
Advertisements

Dalam satu pertembungan Liga Premier antara Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC semalam, telah berlaku beberapa insiden pergaduhan yang melibatkan pemain, pegawai pasukan dan pengadil.

Hal ini mula tercetus ekoran insiden layangan kad merah terhadap penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee dan disusuli gol tunggal dari pasukan Negeri Sembilan FC yang dijaringkan oleh Francis Kone.

Sharbinee Allawee dilayangkan kad merah pada minit ke-66 permainan kerana didakwa mengangkat kaki terlalu tinggi ketika cuba menangkap bola. Layangan kad merah itu sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat Negeri Sembilan FC namun gagal disempurnakan penyerang The Jangs, Francis Kone.

Advertisements

Walau bagaimanapun pada minit-minit akhir permainan, Francis Kone menjadi wira The Jangs apabila berjaya melakukan satu tandukan yang memberi kemenangan buat pasukan pelawat. Ketika tandukan tersebut terhasil, para pemain Sarawak United mendakwa bahawa Kone telah mengasari Badrul Affendy.

Pemain pertahanan Sarawak United, Badrul Affendy jelas menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang membenarkan jaringan tersebut terhasil. Selepas wisel penamat ditiupkan, rata-rata pemain dan pegawai Sarawak United melakukan provokasi dan cuba mengasari pengadil perlawanan, Kamil Zakaria.

Ketika sidang media sejurus tamat perlawanan, wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam menerusi akaun Twitter miliknya memaklumkan bahawa punca pengadil diserang adalah disebabkan penyerang Negeri Sembilan, Francis Kone menyiku pemain Sarawak United ketika melakukan jaringan kemenangan.

Advertisements

Akan tetapi ada dalam kalangan pengikut di Twitter menjelaskan bahawa kening koyak itu berpunca daripada pemain Sarawak United itu sendiri. Tangan penjaga gol gantian Sarawak United secara tidak sengaja telah menerpa ke muka rakan sepasukannya.

Aksi ‘panas’ dalam perlawanan semalam menatijahkan kemenangan buat pasukan pelawat. Skuad The Jangs kini berjaya menduduki tangga pertama Liga Premier 2021 dan bakal berentap pada aksi terakhir saingan liga bertemu PDRM FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram