Liga Super: 2 Gol Minit Akhir Sri Pahang Hampakan Melaka United
Dunia
Melaka United
Advertisements

Aksi Liga Super diteruskan dengan pertemuan di antara pasukan Melaka United yang melayan kunjungan pasukan Sri Pahang di Stadium Hang Jebat.

Kelalaian Melaka United mengundang padah apabila menyaksikan kebangkitan luar biasa dipamerkan Sri Pahang di akhir permainan.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol awal.

Advertisements

Melaka United terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-38 menerusi penyerang berbisa mereka, Ifedayo Olusegun yang menyudahkan hantaran Syazwan Andik di bahagian kiri.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang cuba menggandakan asakan untuk mencari jaringan penyamaan namun benteng Melaka United yang diketuai Fadhli Shas berjaya mengekang segala serangan.

Advertisements

Pada minit ke-51, Adriano berjaya menggandakan kedudukan buat Melaka United selepas melepaskan rembatan menarik yang mengelirukan Mamadou Samassa di gawang Sri Pahang.

Sri Pahang cuba bangkit mencari gol dengan membawa masuk pemain gantian seperti David Rowley, Zuhair Aizat dan Sharul Nizam.

Ianya terbukti berhasil apabila David Rowley berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-87 untuk menjadikan kedudukan menjadi 2-1.

Advertisements

Ketika perlawanan hampir tamat, Sharul Nizam berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 selepas menanduk kemas hantaran menarik dari Hidalgo.

Kedudukan kekal 2-2 sehingga wisel penamat ditiupkan. Melaka United akan meneruskan aksi Liga Super selepas ini dengan menentang pasukan Terengganu pada 2 September manakala Sri Pahang akan bertandang ke Stadium Bandaraya pada 18 Ogos ini untuk bertemu Penang FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram