Liga Super Malaysia difahamkan bakal menerima sentuhan pakar LaLiga tidak lama lagi.
Seorang individu penting difahamkan bakal mengisi jawatan penting untuk memacu kecemerlangan bola sepak Malaysia.
Beliau juga memiliki pengalaman luas dan menjalinkan kerjasama dengan Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memantapkan kualiti saingan di Malaysia.
Individu yang berasal dari Eropah ini difahamkan memiliki pengalaman luas dalam dan pernah terlibat dengan kerjasama LaLiga di Malaysia.
Beliau juga sudah mula bertapak di Malaysia sebagai pada tahun 2017 sehingga 2021 dan memahami selok-belok bola sepak di sini.
Pengalaman luas diperolehinya bersama kelab Serie A dan di Sepanyol bersama kelab ternama di sana sebelum beliau menyertai LaLiga pada tahun sekitar tahun 2017.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan pelantikan beliau dalam masa terdekat dengan khabar angin kuat mengatakan seorang individu penting bakal melepaskan jawatannya tidak lama lagi.