Advertising
Liga Super: Dua Penalti Darren Lok Selamatkan Sabah, Ikat Sri Pahang
MakanBola
Sabah FC

Sabah dan Sri Pahang terpaksa akur berkongsi mata dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Aksi di Stadium Likas menjadi tumpuan ramai apabila kedua-dua pasukan bertemu untuk kali ke-3 dengan kali terakhir Sri Pahang berjaya menghampakan Sabah di separuh akhir Piala Malaysia.

Penyerang Harimau Malaya, Darren Lok diberi peranan besar bagi mengemudi jentera serangan Sabah tatkala Sri Pahang pula pertaruh gandingan Manuel Hidalgo dan Kpah Sherman.

Ad

Tuan rumah terlebih dahulu di hadapan apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Daniel Ting dikasari dan tugas itu disudahkan dengan tenang oleh Darren Lok di minit ke-22.

Kegembiraan Sabah tidak bertahan lama apabila Adam Nor Azlin kembali menyamakan kedudukan dua minit kemudian hasil percubaan jarak jauh yang menewaskan Khairul Fahmi.

Ad
Ad

Ketika aksi menuju rehat, Kpah Sherman meletakkan pelawat di hadapan dengan jaringan kedua pada minit ke-44 setelah

Ad

Separuh masa pertama tamat, Sabah 1-2 Sri Pahang.

Kembali dari rehat, usaha Sabah tanpa henti bagi memburu gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil apabila Darren Lok sekali lagi sempurnakan sepakan penalti di minit ke-61.

Kedua-dua pasukan giat mengatur serangan selepas itu bagi memastikan 3 mata berjaya diraih namun ketumpulan jentera serangan hampakan Sabah dan Sri Pahang sehingga tamat.

Aksi di Stadium Likas berakhir dengan keputusan 2-2 memaksa Sabah dan Sri Pahang berkongsi mata.