Advertising
Piala Malaysia: Sri Pahang Mara Ke Final Selepas Tewaskan Sabah
MakanBola
Sri Pahang FC

Sri Pahang menempah slot ke pentas final Unifi Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Temerloh.

Kemenangan 2-1 memastikan skuad kendalian Martin Stano layak dengan kemenangan agregat 3-2.

Separuh masa pertama agak seimbang dimana kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk melancarkan serangan. Biarpun pasukan tuan rumah dilihat lebih banyak mengasak, skuad Tok Gajah masih belum berjaya memecah gawang Sabah. Keputusan seri 0-0 dicatat di babak pertama perlawanan.

Ad

Bersambung aksi di babak kedua, kedua-dua pasukan tampak lebih berhati-hati dalam merencanakan asakan. Beberapa pertukaran turut dilakukan Fandi Ahmad dan Martin Stano di babak kedua, namun disiplin serta ketangkasan penjaga gol banyak menghalang daripada jaringan terhasil.

Ad

Pada minit ke-72 permainan, Sabah akhirnya dibolosi menerusi jaringan sendiri pemain gantian, Park Tae-su. Asakan yang dilakukan Sri Pahang telah memaksa Sabah dibolosi untuk jaringan pertama perlawanan.

Empat minit selepas Sri Pahang mendapatkan gol, S. Kumaahran berjaya menyamakan kedudukan untuk jaringan penting buat Sabah. Hantaran daripada Joao Pedro disudahkan dengan baik oleh S. Kumaahran sekaligus keputusan seri ini berlanjutan ke masa tambahan.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my)

Ad

Kpah Sherman di masa tambahan pada minit ke-107 permainan menjadi wira buat Sri Pahang selepas menjaringkan gol kemenangan. Ia sekaligus melayakkan Sri Pahang ke pentas final Unifi Piala Malaysia.

Aksi di Stadium Temerloh tamat dengan keputusan Sri Pahang 2-1 Sabah.